:: UTAMA :: PROGRAM :: GAMBAR :: TANYA USTAZ :: PENDAFTARAN QURBAN :: HUBUNGI KAMI ::

Thursday, August 25, 2011

Jejakdakwah: MAJLIS ILMU DI PENGHUJUNG RAMADHAN 2011

MAJLIS ILMU DI PENGHUJUNG RAMADHAN 2011: PANELIS FORUM, dari kiri, moderator, Dato' Wan (Timb. YDP PUM Pusat), Sheikh Dato' Halim Kadir (YDP PUM Pusat) dan Sheikh...

MAJLIS ILMU DI PENGHUJUNG RAMADHAN 2011

















PANELIS FORUM, 

dari kiri, moderator, Dato' Wan (Timb. YDP PUM Pusat), 
Sheikh Dato' Halim Kadir (YDP PUM Pusat) dan Sheikh Nuruddin Al-Banjari

Bertempat:
Masjid al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Off Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

Tarikh:
22-26 Ramadhan 1432 / 22-23 Ogos 2011 (5 Hari)

Anjuran:
Persatuan Ulama’ Malaysia (Cawangan Wilayah Persekutuan)

PENGISIAN
Rata-rata persoalan yang diajukan kpd para panelis berkisar pada isu-isu semasa. Meliputi aspek kesedaran dakwah, yang mana mesej panelis terutama YDP PUM Pusat, berkisar ke arah memberi kesedaran kepada golongan pendakwah-pendakwah muda agar berani menyahut cabaran-cabaran dakwah masa kini.

Sebagai contoh, mengenai isu ada di kalangan umat Islam yang mohon bantuan dari Gereja di Selangor dan berkahwin di luar negara (kerana dirinya Lesbian). Hanya negara luar (US) yang membolehkan beliau berbuat demikian.

Panelis (Dato' Sheikh Halim, YDP PUM Pusat), menyatakan pendirian yang mana umat Islam tidak boleh lalai, lemah-lembut dalam hal kemelut-kemelut begini. Beliau merujuk kepada sirah-sirah di zaman Nabi saw, bagaimana Baginda adakalanya dalam hal dakwah kena berkeras, katanya "ini kita di Malaysia, terlalu berlembut sebab sifat masyarakat di sini yang menyebabkan sesuatu isu itu diremeh-temehkan, TAKPALAH... itulah ungkapan yang sering kedengaran," kata beliau.

Tambah beliau, para Dai'e perlu bangkit membanteras dan bertindak demi maruah agama, bangsa dan negara. Begitu juga halnya ucapan bekas KP JAKIM Dato' Wan Muhammad (kini Tim. YDP PUM Pusat). Katanya, "kini anak-anak muda (Dai'e) punya tugas yang berat bagi memikul tangungjawab terhadap dakwah di zaman ini. Cabaran dari segenap media katanya kerana mereka melihat akan kelemahan umat Islam di negara ini. Maka ruang kelalaian dan kelemahan kita itu menjadikan mereka lebih agresif akibat ruang (lowongan) yang terbuka luas angkara kedaifan kita sendiri. Tambah beliau, "kita kena melihat akan diri kita sendiri, apakah kita sempurna ( perfact ) mengatura strateji dalam segala hal bagi menaggani isu-isu cabaran semasa secara serius?".

Jika tidak katanya, anasir-anasir yang berhasrat menjatuhkan umat Islam akan terus mengorak langkah kesan daripada kekurangan dan kelalaian umat Islam atau para Dai'e itu sendiri".

Sementara panelis Sheikh Nruddin Al-Banjari pula mengupas mengenai, persediaan menyambut Aidilfitri dari sudut pandangan dan budaya orang Islam."Jangan kita mencampuradukkan urusan lain dalam agama yang mana akan merosakan ibadah Ramadhan yang kita cari selama sebulan", tambahnya, kita renug dan muhasabah diri kita apa yang kita pohon dari Allah itu adakah tercapai dan boleh mendatangkan perubahan pada diri kita masing-masing".

Contohnya kata beliau, "kita sudah baca Yasin bertahun lama, tapi masih belum bisa dihafalnya. Kita sememangnya kini tidak seperti orang-orang terdahulu yang memangnya begitu yakin terhadap pertolongan Allah swt. Hinggakan pernah saya menghadapi sendiri ulama' dahulu dia berdoa mahukan beberapa bag simen, tiba-tiba di pagi keesokkan udah ada di depan rumahnya, dan tidak tahu dari mana datangnya. Ada yang minta besi cerucuk untuk pembangunan rumah, tiba-tiba ada yang mengantarnya, tidak tahu dari mana". Begitu kuat peganggan dan keyakinan kepada pertolongan Allah swt.

Beliau berharap, kita dapat berbuat kebajikan (berzikir), contoh saban hari dibaca 1,000 kali bissmillah dan menjadikan sebagai amalan harian di samping amalan2 lain.